PENGURUSAN ASET DAN STOR KERAJAAN
Maklumat terperinci mengenai pengurusan Aset Alih, Aset Tak Alih, Aset Tak Ketara, Pengurusan Stor, Aset Hidup Ikan, Aset Hidup Haiwan dan Aset Hidup Tumbuhan.
Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.
Bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari tempatnya atau sukar dialihkan. Penanggalan melibatkan keperluan kepakaran teknikal atau perundangan yang berkaitan termasuk aset tak alih warisan.
Aset bukan kewangan seperti paten, hak cipta, rekabentuk susun atur litar bersepadu, perlindungan varieti baru tumbuhan, pengetahuan tradisional dan penzahiran kebudayaan, pangkalan data, hak lokasi.
Barang-barang belum guna dan perlu disimpan atau untuk digunakan terus bagi tujuan melaksanakan penerimaan, merekod, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.
Ikan bermaksud hidupan akuatik, haiwan atau tumbuhan akuatik. Sama ada sedentari atau tidak dan termasuklah spesis ikan bersirip, krustasia, mamalia akuatik, telur atau benih anak ikan dan sebagainya.
Aset hidup haiwan bermaksud aset berkaitan makhluk hidup selain manusia. Kategori ini termasuk golongan haiwan seperti burung, reptilia atau serangga kecuali mamalia akuatik seperti tuntung, labi-labi dan penyu.
Tumbuhan bermaksud apa-apa jenis tumbuhan atau apa-apa bahagian yang terhasil daripadanya atau apa-apa jua bahagian atau keluaran lain dari sesuatu tumbuhan itu sama ada terputus atau tercantum.